Unjuran / lukisan isometri
Unjuran isometri adalah salah satu
daripada tiga bentuk unjuran axonometri. Isometri adalah satucara bagi
menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam unjuran isometri sudut
antara unjuran paksi adalah sama iaitu 120 ‘. Hal ini kerana Isometri bereti
simetri iaitu semua sudut di mana skala
ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama.
Rajah 1.1 Gambar menunjukkan bongkah yang berada pada kedudukan isometrik
Rajah 1.2 Gambar menunjukkan pembahagian sudut yang digunakan bagi lukisan isometrik
Lukisan isometeri
ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar,
tinggi dan dalam.
Objek pada
Rajah 1.3 adalah contoh lukisan
isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga
pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila
dilihat pada satu pandangan.
Rajah
1.3 Pandangan objek dalam bentuk
isometri.
Rajah Perspektif
- Rajah
berbentuk perspektif sering digunakan sebagai ilustrasi bagi menarik perhatian
dalam memaparkan sesuatu produk atau komponen yang dihasilkan.
- Lukisan perseptif sering diaplikasikan dalam
mengiklankan produk berbentuk perumahan, bangunan, kenderaan dan sebagainya.
- Dalam
rajah persektif, gambaran objek dilihat sepertimana mata kita melihat. Objek
yang hampir dengan mata kelihatan lebih besar dan semakin jauh dari mata ia
kelihatan semakin mengecil.
-Lukisan
perspektif boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
- Ia berdasarkan jumlah titik lenyap yang digunakan dalam menghasilkan lukisan tersebut.
- Ketiga-tiga lukisan perspektif tersebut adalah perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif tiga titik.
- Dalam modul ini, kita hanya menyentuh kepada perspektif satu titik sahaja.
- terdapat beberapa elemen asas lukisan perspektif
yang perlu untuk difahami (Rajah 1.4). Elemen-elemen tersebut adalah :
- Objek: sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis.
- Titik stesen: kedudukan mata pelukis apabila melihat sesuatu objek.
- Garis penglihatan: garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. Garis ini mewakili garis penglihatan dari mata pelukis ke objek.
- Satah gambar: satah khayalan lutsinar yang terletak di antara objek dan titik stesen.
- Garis ufuk: garis khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.
- Titik lenyap: titik yang mewakili objek pada jarak yang jauh.
- Garis bumi: garisan yang mewakili pandangan satah bumi.
Contoh lukisan perspektif :
Rajah 1.4
Lukisan objek dalam pandangan ortografik dan isometri
Rajah
1.5 Pandangan objek dalam bentuk
perspektif
How to make money from the slots machines
BalasPadamSome machines are rigged and don't give you enough money to earn real money from them. The idea is to หารายได้เสริม make money. Find out how to make money online.