ISOMETRIK

Apa itu isometrik???
   
         Unjuran / lukisan isometri

    Unjuran isometri adalah salah satu daripada tiga bentuk unjuran axonometri. Isometri adalah satucara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam unjuran isometri sudut antara unjuran paksi adalah sama iaitu 120 ‘. Hal ini kerana Isometri bereti simetri iaitu semua sudut  di mana skala ukuran panjang, lebar dan tinggi adalah sama.

 
Rajah 1.1 Gambar menunjukkan bongkah yang berada pada kedudukan isometrik



 
Rajah 1.2 Gambar menunjukkan pembahagian sudut yang digunakan bagi lukisan isometrik 



Lukisan isometeri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar, tinggi dan dalam.

Objek pada Rajah  1.3 adalah contoh lukisan isometri. Objek yang dilukis secara isometeri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.




Rajah 1.3   Pandangan objek dalam bentuk isometri. 




Rajah Perspektif
             
   - Rajah berbentuk perspektif sering digunakan sebagai ilustrasi bagi menarik  perhatian dalam memaparkan sesuatu produk atau komponen yang dihasilkan.



Lukisan perseptif sering diaplikasikan dalam mengiklankan produk berbentuk perumahan, bangunan, kenderaan dan sebagainya.



Dalam rajah persektif, gambaran objek dilihat sepertimana mata kita melihat. Objek yang hampir dengan mata kelihatan lebih besar dan semakin jauh dari mata ia kelihatan semakin mengecil.



-Lukisan perspektif boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

  • Ia berdasarkan jumlah titik lenyap yang digunakan dalam menghasilkan lukisan tersebut.
  • Ketiga-tiga lukisan perspektif tersebut adalah perspektif satu titik, perspektif dua titik dan perspektif tiga titik.
  • Dalam modul ini, kita hanya menyentuh kepada perspektif satu titik sahaja.

-  terdapat beberapa elemen asas lukisan perspektif yang perlu untuk difahami (Rajah 1.4). Elemen-elemen tersebut adalah :



  • Objek:  sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis.
  • Titik stesen: kedudukan mata pelukis apabila melihat sesuatu       objek.
  • Garis penglihatan: garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek. Garis ini mewakili garis penglihatan dari mata pelukis ke objek.
  • Satah gambar: satah khayalan lutsinar yang terletak di antara    objek dan titik stesen.
  • Garis ufuk: garis khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini terletak pada aras mata pelukis.
  • Titik lenyap: titik yang mewakili objek pada jarak yang jauh.
  • Garis bumi: garisan yang mewakili pandangan satah bumi.








 Contoh lukisan perspektif :






            Rajah 1.4 Lukisan objek dalam pandangan ortografik dan isometri









Rajah 1.5  Pandangan objek dalam bentuk perspektif




DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK 


Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini adalah seperti berikut :

i.              Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi isometrik.Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometrik yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah yang sama dengan permukaan objek yang didimensikan, lihat rajah 6.19 .

Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang tidak terletak pada satah isometrik utama. Rajah 1.1  menunjukkan kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelukis. Kaedah yang betul ditunjukkan dalam rajah 1.2


Rajah 1.1 Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi




Rajah 1.2 Kaedah mendimensi pinggir pada satah condong


ii.            Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar, angka dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometrik perlu diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan isometrik. Hal ini dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 60° seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3 . Pemilihan arah kecondongan bergantung kepada satah isometrik yang mana satu garisan dimensi ditempatkan, lihat rajah 1.4.



Rajah 1.3 Bentuk angka dimensi isometrik




Rajah 1.4 Pendimensian lukisan isometrik


Rajah 1.5 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut terjajar dan sistem ekaarah. Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah menulis angka dimensi.





Rajah 1.5 Pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar dan sistem ekaarah.


7 ulasan: