Khamis, 23 Mei 2013

DIMENSI PIAWAI PADA LUKISAN ISOMETRIK

Pendimensian Lukisan Kejuruteraan



Prinsip asas yang digunakan untuk mendimensi unjuran ortografik digunakan juga untuk mendimensi lukisan isometrik. Terdapat dua sistem pendimensian lukisan isometrik, iaitu sistem terjajar dan sistem ekaarah. Namun demikian terdapat beberapa perbezaan antara pendimensian lukisan isometrik dengan pendimensian lukisan ortografik. Perbezaan ini adalah seperti berikut :

i.              Garisan tambahan dan garisan dimensi dilukis selari dengan paksi isometrik.Garisan-garisan tersebut perlu diletakkan pada satah isometrik yang sama. Garisan tambahan dan garisan dimensi biasanya ditempatkan pada satah yang sama dengan permukaan objek yang didimensikan, lihat rajah 6.19 .

Kekeliruan biasanya timbul apabila mendimensi pinggir objek yang tidak terletak pada satah isometrik utama. Rajah 1.1  menunjukkan kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelukis. Kaedah yang betul ditunjukkan dalam rajah 1.2


Rajah 1.1 Kedudukan garisan tambahan dan garisan dimensi




Rajah 1.2 Kaedah mendimensi pinggir pada satah condong


ii.            Dalam pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar, angka dimensi yang digunakan untuk pendimensian lukisan isometrik perlu diubah suai supaya angka itu kelihatan selaras dengan pandangan isometrik. Hal ini dilakukan dengan menulis huruf dan angka yang dicondongkan ke kiri atau ke kanan sebanyak 60° seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3 . Pemilihan arah kecondongan bergantung kepada satah isometrik yang mana satu garisan dimensi ditempatkan, lihat rajah 1.4.



Rajah 1.3 Bentuk angka dimensi isometrik




Rajah 1.4 Pendimensian lukisan isometrik


Rajah 1.5 menunjukkan contoh pandangan objek yang sama mengikut terjajar dan sistem ekaarah. Perhatikan dan kaji perbezaan kaedah menulis angka dimensi.





Rajah 1.5 Pendimensian lukisan isometrik mengikut sistem terjajar dan sistem ekaarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan